BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Bismillaahir Rohmaannir Rohiim

Blog Archive

Saturday, June 18, 2011

Dia tidak bahagia bersama aku?

Persoalan yang akan timbul bila kita melihat org yg kita sayang menjauhkan diri daripada kita. Mungin setiap dari kita pernah merasai benda2 ni semua. Bila perkara ini terjadi kepada kita, sudah tentu kita akan merasa sedih dan kecewa. Apa tidaknya, bila orang yang kita sayang sudah tidak bahagia bersama kita dan menyebabkan hubungan kita menjadi hambar. Namun, semua ini tidak bermakna sesuatu perhubungan/persahabatan itu perlu diakhirkan segera.

Mengapa mengalah begitu cepat?sedangkan masih ada cara lain lagi untuk kita mewarnai semula hubungan tersebut. Namun untuk memulakan langkah memperbaiki hubungan tersebut, perlu kita meneliti dahulu punca2 berlakunya perkara ini…..

Pendapat aku, kehambaran dalam perhubungan nih terjadi. Pertama, sebab masalah peribadi masing-masing. Masalah tempat kerja, kredit kad, loan keta, loan rumah. Err pendek kata, masalah yang berpunca dari taraf kewangan yang tidak kukuh, pas tur jadi beban, dan stres. Masalah adik beradik, masalah pak saudara, mak saudara. Dan macam-macam lagi, Bila seseorang itu dalam keadaan tertekan dan terdesakkan sesuatu, biasanya dia akan jadi tidak sensitif pada perasaan orang lain. Dan inilah permulaan kepada ktidak puasaan hati pasangan masing2. Pekara ni lama2 menyebabkan kita menjadi menyampah, bosan dan fadeup.

So…bila dah kenal pasti punca hambarnya perhubungan korang tu, langkah pertama yang korang perlu ambil adalah menghormati mereka. Pasangan/sahabat yang paling rapat dan setia dengan kita, tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi. Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya. Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain. Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati.

kemudian kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa berkomunikasi apabila kita cuba untuk membuat perhubungan kita berjaya. Pasangan bermasalah selalu menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi. Mereka lebih suka untuk berhenti bercakap daripada bertengkar. Walaupun demikian, sekiranya anda ingin memartabatkan perhubungan anda, lebih baik anda dan pasangan anda berkomunikasi. Hanya apabila andandengar, anda dan pasangan anda akan lebih memahami di antara satu sama lain.

dan peringkat terakhir adalah membuat satu permulaan baru. Peringkat ini adalah amatlah penting. Pasangan perlu mengaku perhubungan mereka ada masalah. Apabila ini berlaku (bahagian yang paling susah), mereka boleh duduk dan bekerja untuk memulihbaikkan perhubungan ini. Kedua-dua pasangan bertanggungjawab untuk berbuat demikian. Ia memerlukan usaha dan persefahaman antara dua pihak.

SO bagi sesiapa yg ada masalah dalam perhubungan tidak kira hubungan dengan suami isteri/kekasih/sahabat..tips ni bolh la diguna pakai…..xada kajian menyeluruh, tetapi sekadar perkongsian pendapat dan pembacaan….

Jumpa lagi di entri akan datang...

Bahasa Jiwa Bangsa!

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan.

Aha....entri kali ni aku nak cakap pasal bahasa. Bahasa?Apa tu bahasa???ok... Menurut Dr Hussin Sarif, Bahasa adalah sistem yang arbitrari. Bahasa berupa simbol bunyi bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi ( Wardhaugh, 1972). Tabiat berbahasa sering ditanda dengan keperluan bagi memahami struktur bahasa itu dapat dikuasai dengan menekankan kepentingan tingkah laku penutur bahasa itu. So di sini kita boleh kata kan bahawa bahasa tu boleh terhasil dalam pelbagai situasi…Bila waktu marah, maka bahasa yang terhasil adalah dalam bentuk amarah…bila gembira, bahasa yang terhasil adalah lebih ceria dan begitu juga sewaktu kita bersedih….bahasa yang terhasil juga adalah berbaur kesedihan….

Akan TETAPI…..ha ada tapinya….Medan bahasa yang tidak sesuai akan menimbulkan pelbagai pentafsiran….Contohnya….AKu bagi satu contoh sajalah (sebab aku bukan mau kupas pasal bahasa ni secara mendalam pun sebab entri aku ni wujud sebab aku baru jak bertengkar dengan kawan tadi gara2 bahasa ni….)..ok let’s say kita menggunakan SMS atau Chat box sebagai medan untuk berkomunikasi, sudah tentu akan timbul pelbagai salah faham kerana penggunaan bahasa yang salah/tidak betul.

Dalam komunikasi dua hala, penggunaan bahasa yang baik dan betul adalah penting agar tidak wujud salah faham antara keduanya. Mungkin ada sesetengah orang/kawan boleh menerima penggunaan bahasa kita yang mungkin main hentam saja cakap…Tapi kita kena ingat!!! di luar sana tidak semua dapat menerima gaya bahasa/pertuturan kita.. SO penggunaan bahasa yang baik ketika dalam situasi2 tertentu adalah penting. Macam lirik lagu Allaryarham Tan Sri P.Ramlee ;

Tiada kata secantik bahasa,
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.

Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.

Renung2kan dan jumpa lagi di entri akan datang.....

Friday, June 17, 2011

Saat2 Akhir Bersama Mereka...

Entri kali ni aku cuma mau cerita pasal mereka2 ni....kosmate aku sepanjang aku berada di UMS (Universiti Malaysia Sabah).....Sebelum tu, kena jelaskan kat sini(Sbb ada antara korang yg terbaca ni bukannya knl aku n knl UMS ni hehehe)....Ok firstly kena bg tau, kat UMS ni, fakulti (bagi kebanyakan universiti2 di Malaysia ni) tidak dipanggil fakulti, sebaliknya kena panggil Sekolah.....Kolej bagi kediaman pelajar pulak di panggil Kampung...(Ni ala2 old school skit nama).

AKu kat UMS study kat Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial(SPPS)...dalam SPPS tu banyak course, n aku plak ambik bidang pendidikan dengan sains sosial (Geografi dan Sejarah/HT17).....Ha....dalam Batch aku 2007/2008, hanya ada seramai 42 orang sahaja yang masuk HT17 ni...

Ha...ini la muka2 kawan satu kos aku HT17.......(Gambar yg kat bawah ni gambar time kami tahun 1..hehehhe...muda2 lagi..)

Ok kalu gambar kat atas tu adalah gambar muka2 suci time tahun 1...Na..kat bawah ni aku nak show kan dgn korg gambar2 terbaru kita orang....Berikut ni adalah gambar2 yang aku sempat ambik n kumpul time last dinner kita orang n last BBQ kat Teluk Likas.....LAyannnn~~~

Ada lagi.......

Ha....kalau korang perasanlah kan...cantik kan view tempat dalam gambar2 tu??? Aku mmg suka tempat ni....Lokasi tempat ni adalah di Teluk Likas Kota Kinabalu......Bagi blogger2 yg terbaca blog ni and berasal dari semenanjung Malaysia (dulu Tanah Melayu hehehhe)...Datanglah ke Sabah...Bandaraya Rimba Tropika.....(Yezzaa....sempat promote)

Next ni adalah picture kami last dinner........"MALAM APRESIASI HT!&"...Bertemakan Red Hitam......Tapi aku lari dari tema....Hahahhahaha....AKu n the gang memakai warna ikut suka ati kita orang.....hahhahaha...Purple putih menjadi tema utama aku malam tu...Bukan saja2 mau lari dr tema...tp memakai warna merah menyebabkan aku hilang keyakinan dgn keadaan tubuh yg agak berisi ni (so korang paham2 jak la ya...)....Jom layan gambar time "MALAM APRESIASI HT17"....Zeaaa~~~~~

Hahahaha.....Yang gambar atas 3 org tu geng aku paling kamcing...(rasanya aku dah pernah post pasal diorang ni pada post sebelum ni)...Tgk kaler baju kami....OUT OF THEME....hhahahah...Macam cakap Mama de' (Pengarah program malam tu/merangkap mama kami satu kos) "Suka ati kamu la nisa....xda nya kamu di halau kalau pakai baju kaler lain" ....Hahahha...I LIKE!!!....

Nah tengok lagi...

Neway malam tu aku sangat2 enjoy….Dari sudut pandangan aku…ramai yg melaram malam tu terutamanya perempuan..hahahhahah (Jgn marah ya….)...Tapi apa pun, itu adalah kenangan terakhir kami dinner sama2 sebelum masing2 membawa haluan masing2.......Sepanjang 4 tahun bersama mereka dan banyak pehel/perangai diorang ni yg ada dalam kocek aku...Tapi itu adalah kenangan yang tak kan ada nilai gantinya...Anggap itu adalah sejarah yang manis and tidak mungkin berulang...

So untuk mengakhiri entri kali ni, aku nak nasihat lah epada kawan2 yg terbaca entri n...Korang hargailah apa yg korang ada skarang ni....Zaman2 study ni la banyak kenangan kita boleh kumpul....Pengalaman yg menjadi guru utama kita dalam kehidupan ni....Lalui hidup ni biar penuh semangat, dan jangan sesekali kita berputus asa....(Ceh ayat lazim yg korang dgr time ceramah)...

Ok renung2kan dan jumpa lagi...

"Together We Stand"

Tuesday, June 14, 2011

KEMBARA DI TANAH GERSANG

Perjalanan di Tanah Gersang,

Ditempuhi oleh sang kembara,

Melihat alam ciptaan mu ya Rabb,

Punyai berjuta kekuasaan...


Sebermula dari letupan azali,

Maka terciptalah alam semesta...

Kekuasaan yang maha esa,

Tiada tandingannya...Hanya milik-Mu ya Allah...


Peneroka meneroka di sana sini,

Menikmati dunia dengan rakusnya,

Kemegahan, kekuasaan bermaharajalela,

Harta dunia, nafsu jadi pegangan...


Maka berkejaranlah mereka, berlumba menikmati nikmat dunia,

Hingga terlupa siapa kita, siapa DIA...

Tiba musibah dan bencana,

maka terduduk dan tersungkurlah menyembah bumi...


Peneroka yang dulunya gah,

Kini menjadi pengembara biasa,

Telah hilang segala harta, kekuasaan dan nama,

Barulah dicari semula, redha Tuhan yang telah hilang...

Terkapailah sang kembara yang kegersangan nikmat sang Pencinta......


Credit title to Nadia Othman by ur nice poem......


Saturday, June 11, 2011

Kesedaran!


Sesungguhnya perjalanan hidup ni memang penuh berliku….Macam2 pehel yang akan kita temui. Aku sama seperti kamu…pernah berhadapan dengan kehidupan yang pelbagai warna….Gembira dan suka?Banyak pengalaman aku tempuhi….sdih dan duka?lagi banyak….Tapi semua aku tempuhi dengan pelbagai cara…Kadang2 keadaan memaksa kita membuat sesuatu keputusan dan kadang kala keputusan tersebut tidak seharusnya kita pilih…Manusia kadang2 belajar dari kesilapan, tetapi ada juga yang melakukan kesilapan buat kedua kali…

Terus terang, akujuga tergolong dalam golongan yang membuat kesilapan tetapi tidak belajar dari kesilapan

tersebut. Kadang2 aku tidak sedar yang perbuatan aku tu melukakan orang2 di sekeliling aku. Sehingga ada yang menggelar aku sebagai orang yang tidak menghargai orang di sekeliling aku tu. Ya…aku akui semua itu. Aku juga tidak akan menyalahkan keadaan, sebab itu adalah pilihan aku…Mungkin aku hanya melakukan tanpa niat untuk melukakan sesiapa…Tapi itu juga yang berlaku. Kepada sesiapa yang terbaca blog ni, and kamu adalah orang yang pernah terluka dengan sikap aku…MAAFKAN AKU. Itu sahaja yang aku pinta.

Aku sayangkan kamu, tetapi mungkin aku tidak sedar yang aku jugak telah dan pernah melukakan kamu. Aku sekarang cuba untuk mengubah sikap aku yang dulu…Aku tidak mau lagi kehilangan orang yang aku sayang gara2 sikap aku ni….Cukup saja kesilapan lama, tapi tidak lagi kini…Selagi ada di samping aku, aku akan hargai sampai bila2…..

Red Peanut & Nadia AF6 - Dia, Aku Dan Kamu [Official Music Video]

Jangan ada tidak percaya

Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu mengharapkan
Kau dan aku bisa bahagia

Air mata disisi ini
Saat kamu jauh disana
Jangan ada selingkuh dusta
Kau dan aku harus setia

Engkau dan aku tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Karena cinta telah lama disatukan

Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Aku tak bisa menduga hatimu
Andainya bisa ku peluk bayangmu
Diantara kita tidak akan dapat mengganggu

Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Engkau dan aku (engkau dan aku)
Tidak mahu (tidak mahu)
Orang ketiga menghancurkan (menghancurkan)
Karena cinta telah lama disatukan

Disatukan....

Friday, June 10, 2011

Nidji - Saat Yang Tepat (Karaoke + Live)

Headwind - Kita Serupa

Kangen Band -- Pujaan Hati lyric