BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Bismillaahir Rohmaannir Rohiim

Blog Archive

Saturday, June 18, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa!

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan.

Aha....entri kali ni aku nak cakap pasal bahasa. Bahasa?Apa tu bahasa???ok... Menurut Dr Hussin Sarif, Bahasa adalah sistem yang arbitrari. Bahasa berupa simbol bunyi bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi ( Wardhaugh, 1972). Tabiat berbahasa sering ditanda dengan keperluan bagi memahami struktur bahasa itu dapat dikuasai dengan menekankan kepentingan tingkah laku penutur bahasa itu. So di sini kita boleh kata kan bahawa bahasa tu boleh terhasil dalam pelbagai situasi…Bila waktu marah, maka bahasa yang terhasil adalah dalam bentuk amarah…bila gembira, bahasa yang terhasil adalah lebih ceria dan begitu juga sewaktu kita bersedih….bahasa yang terhasil juga adalah berbaur kesedihan….

Akan TETAPI…..ha ada tapinya….Medan bahasa yang tidak sesuai akan menimbulkan pelbagai pentafsiran….Contohnya….AKu bagi satu contoh sajalah (sebab aku bukan mau kupas pasal bahasa ni secara mendalam pun sebab entri aku ni wujud sebab aku baru jak bertengkar dengan kawan tadi gara2 bahasa ni….)..ok let’s say kita menggunakan SMS atau Chat box sebagai medan untuk berkomunikasi, sudah tentu akan timbul pelbagai salah faham kerana penggunaan bahasa yang salah/tidak betul.

Dalam komunikasi dua hala, penggunaan bahasa yang baik dan betul adalah penting agar tidak wujud salah faham antara keduanya. Mungkin ada sesetengah orang/kawan boleh menerima penggunaan bahasa kita yang mungkin main hentam saja cakap…Tapi kita kena ingat!!! di luar sana tidak semua dapat menerima gaya bahasa/pertuturan kita.. SO penggunaan bahasa yang baik ketika dalam situasi2 tertentu adalah penting. Macam lirik lagu Allaryarham Tan Sri P.Ramlee ;

Tiada kata secantik bahasa,
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.

Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.

Renung2kan dan jumpa lagi di entri akan datang.....

0 comments: