BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Bismillaahir Rohmaannir Rohiim

Blog Archive

Saturday, June 18, 2011

Dia tidak bahagia bersama aku?

Persoalan yang akan timbul bila kita melihat org yg kita sayang menjauhkan diri daripada kita. Mungin setiap dari kita pernah merasai benda2 ni semua. Bila perkara ini terjadi kepada kita, sudah tentu kita akan merasa sedih dan kecewa. Apa tidaknya, bila orang yang kita sayang sudah tidak bahagia bersama kita dan menyebabkan hubungan kita menjadi hambar. Namun, semua ini tidak bermakna sesuatu perhubungan/persahabatan itu perlu diakhirkan segera.

Mengapa mengalah begitu cepat?sedangkan masih ada cara lain lagi untuk kita mewarnai semula hubungan tersebut. Namun untuk memulakan langkah memperbaiki hubungan tersebut, perlu kita meneliti dahulu punca2 berlakunya perkara ini…..

Pendapat aku, kehambaran dalam perhubungan nih terjadi. Pertama, sebab masalah peribadi masing-masing. Masalah tempat kerja, kredit kad, loan keta, loan rumah. Err pendek kata, masalah yang berpunca dari taraf kewangan yang tidak kukuh, pas tur jadi beban, dan stres. Masalah adik beradik, masalah pak saudara, mak saudara. Dan macam-macam lagi, Bila seseorang itu dalam keadaan tertekan dan terdesakkan sesuatu, biasanya dia akan jadi tidak sensitif pada perasaan orang lain. Dan inilah permulaan kepada ktidak puasaan hati pasangan masing2. Pekara ni lama2 menyebabkan kita menjadi menyampah, bosan dan fadeup.

So…bila dah kenal pasti punca hambarnya perhubungan korang tu, langkah pertama yang korang perlu ambil adalah menghormati mereka. Pasangan/sahabat yang paling rapat dan setia dengan kita, tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi. Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya. Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain. Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati.

kemudian kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa berkomunikasi apabila kita cuba untuk membuat perhubungan kita berjaya. Pasangan bermasalah selalu menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi. Mereka lebih suka untuk berhenti bercakap daripada bertengkar. Walaupun demikian, sekiranya anda ingin memartabatkan perhubungan anda, lebih baik anda dan pasangan anda berkomunikasi. Hanya apabila andandengar, anda dan pasangan anda akan lebih memahami di antara satu sama lain.

dan peringkat terakhir adalah membuat satu permulaan baru. Peringkat ini adalah amatlah penting. Pasangan perlu mengaku perhubungan mereka ada masalah. Apabila ini berlaku (bahagian yang paling susah), mereka boleh duduk dan bekerja untuk memulihbaikkan perhubungan ini. Kedua-dua pasangan bertanggungjawab untuk berbuat demikian. Ia memerlukan usaha dan persefahaman antara dua pihak.

SO bagi sesiapa yg ada masalah dalam perhubungan tidak kira hubungan dengan suami isteri/kekasih/sahabat..tips ni bolh la diguna pakai…..xada kajian menyeluruh, tetapi sekadar perkongsian pendapat dan pembacaan….

Jumpa lagi di entri akan datang...

0 comments: