BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Bismillaahir Rohmaannir Rohiim

Blog Archive

Tuesday, October 20, 2009

Review...

Hari ni bz btol ngn asgmnt...brapa minggu jer lagi nak final exam...Hari ahad baru-baru nie aku baru balik dari program di Rumah Anak-anak Yatim (RAY) Beufort. Kenangan time di RAY? BAnyak aku boleh kongsikan sebenarnya.... Suka? Duka? gembira? sedih? Semua ada.... Bila tengok adik-adik di rumah anak yatim tu, au amat tersentuh. Refleksi semula ngan diri aku...aku juga sorang anak yatim, but aku masih lagi bertuah masih ada ibu di sisi, masih ada keluarga yang sudi menjaga aku.

Aku tak dapat bayangkan jika aku yang berada di tempat adik-adik di RAY tu. Cukup mengharukan. Mungkin, kedatangan kami dari UMS sedikit demi sedikit dapat menghiburkan mereka di sana. Aku dapat melihat kegembiraan di wajah mereka ketika kami baru tiba dan kesedihan di raut wajah mereka bila kami nak berangkat pulang tu.

Sebenarnya, kedatangan aku bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain ke RAY amat memberi kesedaran buat aku bahawa, betapa aku masih merupakan seorang yang amat bertuah keana masih mempunyai ibu. Jika dibandingkan dengan nasib adik-adik aku di RAY, aku boleh dikatakan amat bertuah. Malam penghayatan merupakan saat yang paling tidak aku mampu hadapi, sebab??? Keadaan ini amat menyayat hati aku kerana ianya mampu mengamit ingatan dan kerinduan aku pada insan yang amat aku sayangi...arwah ayah aku.

Bukan aku ingin menyalahkan takdir di atas semua ini. Aku juga bukan ingin menidakkan takdir serta qada dan qadar. Namun, aku amat terkilan kerana disaat arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku merupakan satu-satunya anak yang tidak berada di sisi arwah. Sungguh. Hakikat dan kenyataan ini amat menyakitkan buat aku. Penyesalan yang tidak terhingga sentiasa menghantui aku. Namun, siapalah aku untuk menyalahkan takdir. Sesungguhnya semua ini memberi aku satu pengajaran yang amat bermakna. Semua ini menjadikan aku seorang yang lebih tabah. Namun begitu, sehingga kini, ketika aku melihat pusara arwah ayahku, air mataku tida pernah lekang untuk mengalir. Kesakitan memang amat terasa. Semoga Allah merahmati arwah ayahku di alam sana dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman...amin.....(al-fatihah)...