BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Bismillaahir Rohmaannir Rohiim

Blog Archive

Sunday, August 7, 2011

LYNAS oh LYNAS

Assalamualaikum semua...... Wah lama xupdate blog.....Ok apa cerita baru???

Baru2 ni aku terbaca kat beberapa entry bloggers yang mana mereka hangat mempertikaikan isu LYNAS....Bagi yg belum ahu apa itu LYNAS biar sy jelaskan sedikit apa itu LYNAS... Lynas ialah sebuah projek memproses nadir bumi dibina di Gebeng oleh firma Australia. Keluasan Lynas ialah seluas 140 buah padang bola dan kerajaan akan memberi pelepasan cukai selama 12 tahun untuk projek ini. Ramai pihak membantah projek Lynas ni, kerana ditakuti masalah pencemaran hasil daripada sisa bahan radioaktif yang akan mula terkumpul. Projek Lynas di Pahang sedang rancak dibuat dan sudah siap 95 %.

Walaupun mungkin di antara kita bukan rakyat kuantan tetapi kita bertanggungjawab untuk bersama-sama rakyat kuantan bagi memperjuangkan keselamatan diri mereka di sana. Statement terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan ialah kerajaan nak panggil pakar antarabangsa untuk membuat kajian bebas. Akan tetapi ramai yang was-was bahawa kerajaan akan memberikan analisis yang telus dan memihak kepada rakyat kuantan. Mereka merasakan kewujudan pakar antarabangsa adalah untuk menguatkan hujah kerajaan bahawa lynas memang selamat dan tidak berbahaya kepada penduduk.


Fakta mengenai LYNAS:

1. Kilang ni sudah siap hampir 95% peratus pembinaannya. Almaklumlah nak operasi bulan 9 nanti. Selepas siap mereka nak bawa masuk kelengkapan, mesin, memasang sistem keselamatan dan macam2 lagi lah.


2. Kilang ini adalah kilang rare earth yang terbesar di dunia, mengalahkan yang ada di china. Keluasan kilang neh lebih kurang anggaran sebesar seumpama 140buah [betul ke ayat aku neh?] padang bola sepak.


3. Kilang ni bebas cukai selama 12 tahun dari kerajaan.


4. Setahun lynas akan mendapat untung sebanyak rm5billion [anggaran].


5. Kilang neh bebas cukai, jadi dimanakah kerajaan kita mendapat hasil @ benefits dari kilang neh? Tue kena kaji lanjut lah.


6. Australia lebih besar dari malaysia. Tetapi mereka tak berani pun buat kilang neh di negera mereka sendiri. Kilang neh pernah memohon untuk dibina di australia ttp gagal mendapat kelulusan kerajaan australia atas alasan keselamatan penduduk.


7. Memandangkan ramai yang masih sangsi betul ke kilang ni boleh membunuh orang ramai, maka disini kesangsian anda akan berakhir.



Berikut pula adalah merupakan Fakta yang di selewengkan oleh pihak2 yang berkepentingan dalam projek ni…

1. Dalam sebuah dokumen yang menunjukkan carta bagaimana industry rare earth ini beroperasi kelak dan bahan yg bakal terhasil kelak ada menjelaskan bahawa pihak lynas tidak mempunyai pelan terperinci bagi menjelaskan kemana kah hala tuju sisa buangan tosic ini akan pergi. Adakah sisa ini akan melepak di pahang selama-lamanya atau apa? Tahu kah anda penyakit yang dihadapi oleh masyarakat china akibat sisa toxic bahan seperti ini?

Sudah tentu media arus perdana tidak akan mendedahkan kepada rakyat malaysia.


2. Banyak peluang pekerjaan akan terhasil daripada perindustrian lynas ini.

TIDAK. Sebaliknya ia adalah kilang yang menggunakan teknologi moden dan hanya memerlukan lebih kurang 450 individu yang mengendalikan / mengawasi mesin2 dalam kilang ini.


3. Rakyat malaysia berpeluang mempelajari teknologi untuk memproses nadir bumi dan ini boleh membantu negara kelak.

Malaysia bukanlah tempat yang mempunyai nadir bumi yang banyak. Teknologi dan pengetahuan ini tidak memanfaatkan rakyat malaysia sepenuhnya.


4. Malaysia akan memperolehi keuntungan rm1.7billion setahun hasil dari operasi kilang lynas.

Kilang lynas dikecualikan cukai selama 12 tahun di malaysia.

5. Tahap bacaan radiasi di kuantan berada pada paras rendah.

Ya. Sebab operasi kilang lynas belum bermula.


6. Tahap radiasi yang bakal dihasilkan oleh lynas adalah berbeza dengan jepun. Selepas terdedah selama 70 jam apa yang anda rasakan ialah seperti di x-ray sahaja.

Betul. Tapi pendedahan yang berterusan yakni setiap hari di setiap jam akan menghasilkan penyakit.


7. Penghantaran bahan lombongan dari australia ke malaysia tidak boleh dikira sebagai radioaktif.

Bahan lombongan [mentah] yang dihantar masih belum diproses, ttp setelah diproses akan menghasilkan radioaktif. Sisa nya pula dibuang di malaysia untuk selama-lamanya.


8. Bukanlah lynas tiada penyelesaian bagaimanakah mahu menguruskan sisa buangan radioaktif di malaysia. Cuma mereka melebihi jumlah yang ditetapkan.

Lynas pernah mengakui bahawa mereka berhak untuk menyimpan sisa buangan radioaktif di malaysia selama-lamanya kerana itu antara perkara yang dijanjikan oleh kerajaan. Lynas juga tidak menunjukkan kertas cadangan bagaimanakah mereka mahu memansuhkan sisa radioaktif yang terhasil akibat pemprosesan tanah jarang.



Apa yang terhasil dari penulisan ini bukanlah hasil tulisan aku…Aku Cuma ubahsuai and copy paste kat sini…Siapa yg tulis bukanlah tajuk utama. Tajuk utamanya adalah untuk menyedarkan kita2 ang membaca entry ini untuk sama2 mendapat info dan kesedaran tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat kuantan ni. Isu rakyat kuantan bukan isu rakyat Pahang saja…Isu ni perlu mendapat perhatian ramai khususnya kita rakyat Malaysia.

p/s: sangat perihatin akan masalah yang membelenggu rakyat kuantan ni…Apa nak jadi dgn manusia ni?Gara2 wang ringgit, isu kemanusian sejagat ditolak ke tepi…Mana pergi pemimpin kita?Tak kan tunggu dan lihat saja…..Macam aku kaa dulu, jgn jd PI Mai PI Mai Tang Tu….


Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/2011/05/fakta-lynas-yang-anda-mesti-tahu-part.html, http://amenoworld.blogspot.com/2011/04/hot-fakta-lynas-yang-anda-mesti-peduli.html, http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3359-lynas-apa-yang-perlu-anda-tahu

0 comments: