BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Bismillaahir Rohmaannir Rohiim

Blog Archive

Friday, March 30, 2012

Pulau Banggi and Tambisan Always in my Heart~~~

Lama x update blog...Agak bz dgn kehidupan terkini.....Sebaik sahaja berkonvo, aku start mengajar sebagai guru ganti kat Pulau Tambisan di Lahad Datu and sekarang ni mengajar di SMK Banggi yang terletak di Pulau Banggi, Kudat....(Google jak di internet kalau nak tgk malumat pasal kedua2 pulau ni)...

Pengalaman mengajar di kedua2 sekolah ini mengajar aku akan erti kepayahan hidup yg sebenar...Jauh dari keluarga, hidup di tempat orang...sangat2 menguji ketahanan emosi and fizikal...melihat betapa sukar anak2 bangsa di pulau untuk mendapatkan taraf pendidikan yg sama seperti di bandar. Ini adalah cabaran yg perlu di pikul oleh guru2 di kawasan pedalaman.

Apa2 pun, aku kini enjoy mengajar di SMK Banggi walaupun aku terpaksa mengharungi detik2 yg sukar dalam hidup aku bila berada di sini. Tapi ini semua mengajar aku untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik pada masa akan datang...InsyaAllah.....Enjoying every minutes here....


Sunday, August 7, 2011

LYNAS oh LYNAS

Assalamualaikum semua...... Wah lama xupdate blog.....Ok apa cerita baru???

Baru2 ni aku terbaca kat beberapa entry bloggers yang mana mereka hangat mempertikaikan isu LYNAS....Bagi yg belum ahu apa itu LYNAS biar sy jelaskan sedikit apa itu LYNAS... Lynas ialah sebuah projek memproses nadir bumi dibina di Gebeng oleh firma Australia. Keluasan Lynas ialah seluas 140 buah padang bola dan kerajaan akan memberi pelepasan cukai selama 12 tahun untuk projek ini. Ramai pihak membantah projek Lynas ni, kerana ditakuti masalah pencemaran hasil daripada sisa bahan radioaktif yang akan mula terkumpul. Projek Lynas di Pahang sedang rancak dibuat dan sudah siap 95 %.

Walaupun mungkin di antara kita bukan rakyat kuantan tetapi kita bertanggungjawab untuk bersama-sama rakyat kuantan bagi memperjuangkan keselamatan diri mereka di sana. Statement terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan ialah kerajaan nak panggil pakar antarabangsa untuk membuat kajian bebas. Akan tetapi ramai yang was-was bahawa kerajaan akan memberikan analisis yang telus dan memihak kepada rakyat kuantan. Mereka merasakan kewujudan pakar antarabangsa adalah untuk menguatkan hujah kerajaan bahawa lynas memang selamat dan tidak berbahaya kepada penduduk.


Fakta mengenai LYNAS:

1. Kilang ni sudah siap hampir 95% peratus pembinaannya. Almaklumlah nak operasi bulan 9 nanti. Selepas siap mereka nak bawa masuk kelengkapan, mesin, memasang sistem keselamatan dan macam2 lagi lah.


2. Kilang ini adalah kilang rare earth yang terbesar di dunia, mengalahkan yang ada di china. Keluasan kilang neh lebih kurang anggaran sebesar seumpama 140buah [betul ke ayat aku neh?] padang bola sepak.


3. Kilang ni bebas cukai selama 12 tahun dari kerajaan.


4. Setahun lynas akan mendapat untung sebanyak rm5billion [anggaran].


5. Kilang neh bebas cukai, jadi dimanakah kerajaan kita mendapat hasil @ benefits dari kilang neh? Tue kena kaji lanjut lah.


6. Australia lebih besar dari malaysia. Tetapi mereka tak berani pun buat kilang neh di negera mereka sendiri. Kilang neh pernah memohon untuk dibina di australia ttp gagal mendapat kelulusan kerajaan australia atas alasan keselamatan penduduk.


7. Memandangkan ramai yang masih sangsi betul ke kilang ni boleh membunuh orang ramai, maka disini kesangsian anda akan berakhir.



Berikut pula adalah merupakan Fakta yang di selewengkan oleh pihak2 yang berkepentingan dalam projek ni…

1. Dalam sebuah dokumen yang menunjukkan carta bagaimana industry rare earth ini beroperasi kelak dan bahan yg bakal terhasil kelak ada menjelaskan bahawa pihak lynas tidak mempunyai pelan terperinci bagi menjelaskan kemana kah hala tuju sisa buangan tosic ini akan pergi. Adakah sisa ini akan melepak di pahang selama-lamanya atau apa? Tahu kah anda penyakit yang dihadapi oleh masyarakat china akibat sisa toxic bahan seperti ini?

Sudah tentu media arus perdana tidak akan mendedahkan kepada rakyat malaysia.


2. Banyak peluang pekerjaan akan terhasil daripada perindustrian lynas ini.

TIDAK. Sebaliknya ia adalah kilang yang menggunakan teknologi moden dan hanya memerlukan lebih kurang 450 individu yang mengendalikan / mengawasi mesin2 dalam kilang ini.


3. Rakyat malaysia berpeluang mempelajari teknologi untuk memproses nadir bumi dan ini boleh membantu negara kelak.

Malaysia bukanlah tempat yang mempunyai nadir bumi yang banyak. Teknologi dan pengetahuan ini tidak memanfaatkan rakyat malaysia sepenuhnya.


4. Malaysia akan memperolehi keuntungan rm1.7billion setahun hasil dari operasi kilang lynas.

Kilang lynas dikecualikan cukai selama 12 tahun di malaysia.

5. Tahap bacaan radiasi di kuantan berada pada paras rendah.

Ya. Sebab operasi kilang lynas belum bermula.


6. Tahap radiasi yang bakal dihasilkan oleh lynas adalah berbeza dengan jepun. Selepas terdedah selama 70 jam apa yang anda rasakan ialah seperti di x-ray sahaja.

Betul. Tapi pendedahan yang berterusan yakni setiap hari di setiap jam akan menghasilkan penyakit.


7. Penghantaran bahan lombongan dari australia ke malaysia tidak boleh dikira sebagai radioaktif.

Bahan lombongan [mentah] yang dihantar masih belum diproses, ttp setelah diproses akan menghasilkan radioaktif. Sisa nya pula dibuang di malaysia untuk selama-lamanya.


8. Bukanlah lynas tiada penyelesaian bagaimanakah mahu menguruskan sisa buangan radioaktif di malaysia. Cuma mereka melebihi jumlah yang ditetapkan.

Lynas pernah mengakui bahawa mereka berhak untuk menyimpan sisa buangan radioaktif di malaysia selama-lamanya kerana itu antara perkara yang dijanjikan oleh kerajaan. Lynas juga tidak menunjukkan kertas cadangan bagaimanakah mereka mahu memansuhkan sisa radioaktif yang terhasil akibat pemprosesan tanah jarang.



Apa yang terhasil dari penulisan ini bukanlah hasil tulisan aku…Aku Cuma ubahsuai and copy paste kat sini…Siapa yg tulis bukanlah tajuk utama. Tajuk utamanya adalah untuk menyedarkan kita2 ang membaca entry ini untuk sama2 mendapat info dan kesedaran tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat kuantan ni. Isu rakyat kuantan bukan isu rakyat Pahang saja…Isu ni perlu mendapat perhatian ramai khususnya kita rakyat Malaysia.

p/s: sangat perihatin akan masalah yang membelenggu rakyat kuantan ni…Apa nak jadi dgn manusia ni?Gara2 wang ringgit, isu kemanusian sejagat ditolak ke tepi…Mana pergi pemimpin kita?Tak kan tunggu dan lihat saja…..Macam aku kaa dulu, jgn jd PI Mai PI Mai Tang Tu….


Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/2011/05/fakta-lynas-yang-anda-mesti-tahu-part.html, http://amenoworld.blogspot.com/2011/04/hot-fakta-lynas-yang-anda-mesti-peduli.html, http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3359-lynas-apa-yang-perlu-anda-tahu

Saturday, July 2, 2011

Kecewa???

Kecewaaaaa????

Ha....Banyak sebab kenapa manusia kecewa sebenarnya ….. Mungkin anda kecewa kerana cinta, kecewa kerana xdapat beli handphone canggih…Kecewa kerana gagal exam..Macam2 lagi la punca anda kecewa..Tiap dari kita pasti akan merasai perasaan kecewa ni. Jangan tipulah cakap tak pernah. Bagi aku pulak, aku mmg sentiasa merasai perasaan tersebut.. Tapi yala, perasaan ni sbnrnya boleh dikongsi bersama kawan ataupun org yg kita bole percayai. Tapi bagiaku, aku memilih utk berdiam diri. Kadang kala, tidak perlu luahan, pasti org akan dapat tangkap..Lebih2 lagi org yg rapat dgn kita…..And believe me…Perasaan ni PASTI akan merenggut mood anda setiap masa…..

Whatever it is…Kita tidak boleh terbawa2 sangat perasaan ni…Wake up dude!!! Don’t waste ur time la mau feel perasaan kecewa ni berterusan..Kalau sehari dua boleh la…Nak layan perasaan tu, just go on…Tp jgn lah terlalu lama di buai perasaan kecewa tu…tidak baik utk kesihatan bep…

So, entri kali ni adalah mengenai bagaimana cara Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa. Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Untuk tips motivasi kali ini, aku kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut. (ni pun dapat dari blog lain la…hahah) Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahupun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Mahligai Syahdu....

Suka sgt dgr lagu dr Hattan ni....suara dia pun best...Liriknya pun bermakna...

Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum dapat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan warna hidupku

Namun jika kau datang ini
Untuk mengilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra
Mungkin jua akukan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku ke sana

Bersama kasih kita leburkan rantai
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu
Di pintu gerbang mahligai syahdu

Jauh Hati?

Ni lirik utk org2 yg berjauh hati...hahaha...xtau mau post apa sbb lama xupdate blog ni....

dia yang mengetahui
yang terlintas di hati
biarpun tidak dengan kata-kata

dia yang mengetahui
mengapa ku begini
biarlah jauh dari pandanganmu
hakikat sebenarnya ku berjauh hati

andai diungkit kisah silam
pilu pasti menjalar
dan biarlah cuma ku seorang shj rasa

apa maknanya berbicara
hanya menambahkan luka
di balik senyuman belum tentu lagi tersimpan keikhlasanmu terhadapku

lidah menutur kata
hati pula terasa
sedangkan jiwa ini kehampaan
biar berdiam diri
dari berkata-kata
kebenaranku tidak di hatimu
sudah sekian lamanya ku pendam rasa

biarlah masa menentukan
retak antara kita
untukku berpaling
dan tersenyum bagai dahulu

dia yang mengetahui
yang terlintas di hati
biarpun tidak dengan kata-kata

dia yang mengetahui
mengapa ku begini
biarlah jauh dari pandanganmu
hakikat sebenarnya ku berjauh hati

kuberserah padaMu Tuhan
Kau kurniakanlah ketenangan di hatiku

hati ini sungguh terluka

dia yang mengetahui
yang terlintas di hati
biarpun tidak dengan kata-kata

dia yang mengetahui
mengapa ku begini
biarlah jauh dari pandanganmu
hakikat sebenarnya ku berjauh hati
sebenarnya ku berjauh hati

Saturday, June 18, 2011

Dia tidak bahagia bersama aku?

Persoalan yang akan timbul bila kita melihat org yg kita sayang menjauhkan diri daripada kita. Mungin setiap dari kita pernah merasai benda2 ni semua. Bila perkara ini terjadi kepada kita, sudah tentu kita akan merasa sedih dan kecewa. Apa tidaknya, bila orang yang kita sayang sudah tidak bahagia bersama kita dan menyebabkan hubungan kita menjadi hambar. Namun, semua ini tidak bermakna sesuatu perhubungan/persahabatan itu perlu diakhirkan segera.

Mengapa mengalah begitu cepat?sedangkan masih ada cara lain lagi untuk kita mewarnai semula hubungan tersebut. Namun untuk memulakan langkah memperbaiki hubungan tersebut, perlu kita meneliti dahulu punca2 berlakunya perkara ini…..

Pendapat aku, kehambaran dalam perhubungan nih terjadi. Pertama, sebab masalah peribadi masing-masing. Masalah tempat kerja, kredit kad, loan keta, loan rumah. Err pendek kata, masalah yang berpunca dari taraf kewangan yang tidak kukuh, pas tur jadi beban, dan stres. Masalah adik beradik, masalah pak saudara, mak saudara. Dan macam-macam lagi, Bila seseorang itu dalam keadaan tertekan dan terdesakkan sesuatu, biasanya dia akan jadi tidak sensitif pada perasaan orang lain. Dan inilah permulaan kepada ktidak puasaan hati pasangan masing2. Pekara ni lama2 menyebabkan kita menjadi menyampah, bosan dan fadeup.

So…bila dah kenal pasti punca hambarnya perhubungan korang tu, langkah pertama yang korang perlu ambil adalah menghormati mereka. Pasangan/sahabat yang paling rapat dan setia dengan kita, tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi. Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya. Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain. Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati.

kemudian kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa berkomunikasi apabila kita cuba untuk membuat perhubungan kita berjaya. Pasangan bermasalah selalu menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi. Mereka lebih suka untuk berhenti bercakap daripada bertengkar. Walaupun demikian, sekiranya anda ingin memartabatkan perhubungan anda, lebih baik anda dan pasangan anda berkomunikasi. Hanya apabila andandengar, anda dan pasangan anda akan lebih memahami di antara satu sama lain.

dan peringkat terakhir adalah membuat satu permulaan baru. Peringkat ini adalah amatlah penting. Pasangan perlu mengaku perhubungan mereka ada masalah. Apabila ini berlaku (bahagian yang paling susah), mereka boleh duduk dan bekerja untuk memulihbaikkan perhubungan ini. Kedua-dua pasangan bertanggungjawab untuk berbuat demikian. Ia memerlukan usaha dan persefahaman antara dua pihak.

SO bagi sesiapa yg ada masalah dalam perhubungan tidak kira hubungan dengan suami isteri/kekasih/sahabat..tips ni bolh la diguna pakai…..xada kajian menyeluruh, tetapi sekadar perkongsian pendapat dan pembacaan….

Jumpa lagi di entri akan datang...

Bahasa Jiwa Bangsa!

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan.

Aha....entri kali ni aku nak cakap pasal bahasa. Bahasa?Apa tu bahasa???ok... Menurut Dr Hussin Sarif, Bahasa adalah sistem yang arbitrari. Bahasa berupa simbol bunyi bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi ( Wardhaugh, 1972). Tabiat berbahasa sering ditanda dengan keperluan bagi memahami struktur bahasa itu dapat dikuasai dengan menekankan kepentingan tingkah laku penutur bahasa itu. So di sini kita boleh kata kan bahawa bahasa tu boleh terhasil dalam pelbagai situasi…Bila waktu marah, maka bahasa yang terhasil adalah dalam bentuk amarah…bila gembira, bahasa yang terhasil adalah lebih ceria dan begitu juga sewaktu kita bersedih….bahasa yang terhasil juga adalah berbaur kesedihan….

Akan TETAPI…..ha ada tapinya….Medan bahasa yang tidak sesuai akan menimbulkan pelbagai pentafsiran….Contohnya….AKu bagi satu contoh sajalah (sebab aku bukan mau kupas pasal bahasa ni secara mendalam pun sebab entri aku ni wujud sebab aku baru jak bertengkar dengan kawan tadi gara2 bahasa ni….)..ok let’s say kita menggunakan SMS atau Chat box sebagai medan untuk berkomunikasi, sudah tentu akan timbul pelbagai salah faham kerana penggunaan bahasa yang salah/tidak betul.

Dalam komunikasi dua hala, penggunaan bahasa yang baik dan betul adalah penting agar tidak wujud salah faham antara keduanya. Mungkin ada sesetengah orang/kawan boleh menerima penggunaan bahasa kita yang mungkin main hentam saja cakap…Tapi kita kena ingat!!! di luar sana tidak semua dapat menerima gaya bahasa/pertuturan kita.. SO penggunaan bahasa yang baik ketika dalam situasi2 tertentu adalah penting. Macam lirik lagu Allaryarham Tan Sri P.Ramlee ;

Tiada kata secantik bahasa,
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.

Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.

Renung2kan dan jumpa lagi di entri akan datang.....